Kepada Cinta Hati, Isteri tercinta,
Pertama ingin ku zahirkan ucapan terima kasih kerana menerima diri yang serba kekurangan ini.
Terima kasih untuk segala kebaikan yg telah dizahirkan. Hanya Allah saja yang mampu membalas.
Sememangnya diriku ini bukanlah yang terbaik dan terhebat tapi ku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk kita dan anak-anak kita.
Semoga tahun baru 2024 ini memberikan lebih banyak berita baik untuk keluarga kecil kita. Bersabarlah sedikit saja lagi, akan ku usahakan semampu yang boleh.
Terima kasih untuk segala sokongan sehingga ke hari ini.
Dengan segala segala rasa cinta.